Sunday, April 25, 2010

Tali / Rope

Salam sejahtera...
salam rekriasi...

Tiada yang lain akan di ceritakan dalam ruangan blog ni...kecuali yang berkaitan dengan dunia outdoor....jadi untuk ruangan kali ini ialah berkaitan tali...penggunaan tali dalam dunia outdoor adalah penting...contoh aktiviti yang menggunakan tali ialah flying fox, abseiling, wall climbing dan lain-lain....selain itu..penggunaan tali dalam kehidupan harian amat lah penting...contoh operasi menyelamat, operasi pendakian...dan lain-lain.....di sini akan di ceritakan serta diterangkan tentang penggunaan tali, cara menjaga tali, serta beberapa ikatan yang selalu digunakan dalam aktiviti harian....

Tali
- Fibre asli
  • hemp (kuat,lembut, senang di bentuk)

  • sisal (kembang dan licin bila basah)

  • sabut (ringan dan kurang kukuh)
  • cotton (lembut dan mudah rosak

- Buatan manusia (2 kali ganda lebih kuat)

  • Nylon

  • Polyster

  • Dan lain-lain

- Wire rope (9 kali ganda lebih kuat)

Binaan tali

Yarns ---->Strands---->tali

Nylon

- Jenis nylon ialah ringan dan tidak mendap air..tetapi ianya tidak mempunyai keupayaan keanjalan dan tali jenis ini mempunyai ciri 'low mclting poin' iaitu mudah panas dan putus jika berlaku pergeseran...Ciri ini amat merbahaya untuk pengunaan curam-curam...tali jenis ini tidak sesuai untuk mendaki tetapi baik untuk menyeberangi sungai....

Hawser Laid

- Tali jenis ini juga dikenali sebagai tali belati...tali jenis ini terhad di malaysia...boleh didapati dengan diameter yang besar...sukar untuk dibawa apabila membuat aktiviti...tali jenis ini juga mendap air...apabila terkena air akan menjadi berat....selain itu tali jenis ini juga agak kasar...dan akan merosak kan divice yang digunakan...ini kerana geseran yang akan terhasil...

Kermantle

- Merupakan tali yang menjadi 'breakthro' kepada pendaki-pendaki...'ker' dalam bahasa jerman bermaksud luaran dan 'mantle' jalaran fiber...ciri penting yang ada pada tali jenis ini ialah 'energy absorption Capacity' iaitu keupayaan tali itu memberi keanjalan jika berlaku bebanan...tali jenis karmantle ini juga mempunyai ketahanan geseran, kalis air..dan ia mudah dibawa....

Penjagaan Tali/selenggara

Elak dari digunakan sebagai ampaian, minyak, asid, pasir, habuk dan dipijak...selalu periksa tali sebelum digunakan...

Cara menguji tali

- Cara praktikal
  • ikat punca tali

  • bergantung 4,5 org pada tali

  • tarik perlahan-lahan

  • tahan selama 10s

- Cara hidraulik

  • lilitan biasa 2/9 tan

  • lilitan penyelamat 2/18 tan

- Cara visual

  • Periksa setiap jalinan tali

  • lihat lengkungan tali

  • urut tali untuk memeriksa fizikal tali

Penyimpanan Tali

- Disimpan didalam bekas atau beg kanvas/plastik bagi mengelakkan kekotoran serta mudah dibawa..

- Di simpan ditempat yang kering dan berudara serta jauhkan daripada minyak atau bahan kimia..

- Jangan simpan di atas lantai, simen atau tempat yang berkarat

- Tali perlu diberikan nombor dan rekod penggunaannya..

Jenis ikatan dan simpulan




- Simpulan angka 8 / figure of 8

- Simpul mati / end knot

- Simpul pengail / fisherman knot

- Buku sila / reef knot

- Bunga geti / sheet band

- Tindih kasih / bow line

- Ikatan manuk / clove hitch

- simpul rama-rama / butterfly knot

- Simpul balak / timber hitch







Harap maklumat yang disampaikan dapat menambah pengetahuan kita semua walaupun x padat dari segi pengisian......

No comments:

Post a Comment