Saturday, February 25, 2017

SURVIVAL MASAKAN RIMBA

Salam rekreasi semua

SURVIVAL MASAKAN RIMBA 

Masakan rimba, sebut saja semua pun tahu. Setiap orang yang mendaki gunung mahupun berkhelah dalam hutau pasti mahir dalam masakan atau manu atau cara masakan dalam rimba

Dalam entri kali ini kita akan berkongsi sedikit sebanyak cara dan kaedah memasak dalam rimba dengan peralatan asas yang minima ( SURVIVAL )
Pelbagai cara boleh digunakan antaranya menggunakan buluh, buah-buahan tertentu,batu, aluminum foil, lumpur , tanah dan sebagainya.


MEMASAK DENGAN MENGGUNAKAN BULUH

Sebut saja buluh pastinya dalam dunia perkhemahan ia adalah antara bahan yang banyak digunakan dalam membuat gajet dan pancang khemah
Dalam teknik memasak dalam buluh ini ia sama dengan cara memasak lemang

klik link untuk pautan youtube : 


How To Boil Water And Cook Rice In Bamboo Jungle Survival
 



*pastikan buluh di cuci dengan bersih



MEMASAK DENGAN MENGGUNAKAN BUAH KELAPA

Nasi juga boleh di sediakan menggunakan buah kelapa
Potong bahagian atas buah kelapa dengan cermat kerana ia akan d gunakan sebagai penutup atau lubangkan seperti gambar di bawah dan air kelapa jangan di buang masukan beras yang sudah di cuci bersih dan sukatan air hendaklah sama tinggi dengan beras, tutup dengan rapi dan masak kelapa tersebut di atas api sehinnga nasi masak



Hasilnya, fuhhhh sangat enak dan lemak!!



MEMASAK MENGGUNAKAN ALUMINUM FOIL

Seperti semua sedia maklum aluminum foil banyak digunakan dalam penyedian makanan. Selalunya aluminum foil ini akan di bawa dari rumah ketika berkhemah mahupun mendaki gunung. Kalua nak cari dalam hutan memang tak adalah jawabnya!


Anda boleh masak ikan atau bahan-bahan lain seperti daging atau ayam yang di bersihkan dan di bungkus rapi kemudian di panggang cermat di atas api.



MEMASAK MENGGUNAKAN UBI KENTANG

Siapa sangka ubi kentang juga boleh di gunakan sebagai medium memasak jika tiada mestin atau bahan-bahan asas lain
Caranya potong ubi dengan cermat korek isinya sehingga muat untuk sebiji telur bahagian yang di potong tadi perlu di gunakan semula sebagai penutup dan di sematkan dengan lidi buluh agar tidak terbuka ketika di masak di atas api.



klik link ini untuk melihat bagaimana cara untuk memasak telur dalam kentang
MEMASAK MENGGUNAKAN PASIR, TANAH LIAT / TANAH

Ini adalah cara yang paling mudah untuk memasak
Caranya korek tanah dan tanam makanan yang telah di bungkus dengan elok . tanam makanan itu dan buat ugun api di atasnya.
*jangan tanam makanan anda terlalu dalam nanti tak masak pulak.




SEMOGA ENTRI INI SEDIKIT SEBANYAK MEMBERI MANFAAT PADA ANDA .
SEBENARNYA BANYAK LAGI CARA-CARA MEMASAK KAEDAH SURVIVAL DI HUTAN JIKA HENDAK DI CERITAKAN MARI  BERKHEMAH DAN SEMBANG BAWAH FLY 

 SEKIAN



P/S :semua gambar-gambar di atas adalah carian dari google 



No comments:

Post a Comment