salam rekreasi semua.
Jantung merupakan salah satu organ yang sangat unik dan kompleks dari tubuh manusia.
Bila jantung berhenti berdenyut, kita pun akan kehilangan kesempatan untuk hidup.
Jantung mula berdenyut sebelum kita dilahirkan dan akan terus berdenyut sampai kita mati.
Berikut adalah beberapa fakta & informasi menarik mengenai jantung:
1. Rata-rata jantung berdenyut sebanyak 72 kali per minit.
Ini bermakna jantung berdenyut hingga sekitar 100.000 kali dalam sehari dan 3.600.000 selama setahun.
2. Setiap hari jantung menghasilkan tenaga yang cukup untuk menjalankan truk sejauh 20 batu (lebih kurang 32km)
3. Jantung mulai berdenyut sekitar empat minggu setelah persenyawaan, dan terus berdenyut sehingga seseorang meninggal dunia.
4. Seseorang lebih besar kemungkinannya mengalami serangan jantung pada hari Isnin daripada hari lain dalam seminggu.(mengikut kajian)
5. Satu dari tiga kemungkinan serangan jantung pertama merupakan kesempatan terakhir bagi hidup seseorang.
Dalam kata lain, sepertiga serangan jantung pertama berakhir dengan kegagalan.
6. Jantung bayi memiliki jumlah sel yang sama seperti jantung orang dewasa, tapi ukurannya hanya satu per enambelas kali dari jantung orang dewasa.
7. Bayi baru lahir memiliki denyut jantung lebih cepat, yaitu sekitar 70-190 denyut per minit.
8. Jantung perempuan lebih kecil 25% daripada jantung lelaki.
Oleh itu, jantung perempuan berdenyut enam kali lebih banyak daripada jantung lelaki untuk mengepam jumlah darah yang mencukupi ke seluruh tubuh.
9. Suara degupan jantung yang didengar adalah suara yang muncul karana pembukaan dan penutupan empat injap jantung.
10. Orang Mesir kuno percaya bahawa jantung bersama dengan organ utama lainnya memiliki kemahuan sendiri dan boleh bergerak di dalam tubuh.
oleh itu sayangilah jantung anda cegahlah dan hindarilah perkara dan aktiviti yang memudaratkan tubuh badan anda.
No comments:
Post a Comment