Monday, May 3, 2010

Berkhemah/camping


Salam kembara..
Salam rekreasi
..

Selagi lagi kiter bertemu didalam blog FLOA ini...kali ini topik yang akan diterangkan dan dibincangkan ialah berkenaan dengan Berkhemah...Semua sedia maklum dengan berkhemah...
Berkhemah ialah kehidupan sederhana di luar samaada di hutan, di pantai, di bukit, di gunung dan sebagainya lagi....Berkhemah bermakna anda menerima atau memikul beberapa tanggungjawab diatas makanan, perlindungan dan melibatkan diri dalam aktiviti berkaitan dengan persekitaran anda...samaada anda berkhemah seorang diri atau pun beramai-ramai...aspek utamanya ialah anda berhubung rapat dengan alam semulajadi....


Khemah

Dalam perkhemahan mahupun berkhemah...khemah adalah benda yang paling penting....khemah adalah alat perlindungan diperbuat daripada kain, kanvas, atau bahan-bahan lain yang boleh digerakkan...dalam erti kata lain khemah adalah perkara utama dalam aktiviti berkhemah...

Jenis-jenis khemah

1- Khemah “A” tanpa helaian terbang (single walled tent)
2- Khemah “A” berhelaian (double walled tent)
3- Khemah pengembaraan (explorer tent)
4- Khemah tiang satu
5- Khemah berangka (Pelbagai jenis)
6- Khemah Igloo
7- Dan berbagai-bagai lagi model serta jenis dipasaran mengikut kemampuan masing-masing.


Ciri-ciri khemah yang ingin dipilih

1- Perlindungan
2- Keselesaan
3- Kalis air
4- Tahan lasak
5- Ukuran
6- Harga

Pemilihan Tapak Perkhemahan

1- Corak perkhemahan yang dipilih ataupun aktiviti yang terlibat.
2- Jangkamasa berkhemah.
3- Bilangan peserta yang terlibat.
4- Alam sekitar, pergunungan, hutan dan sebagai nya.



Tatacara Perkhemahan

1- Berkhemahan dalam kumpulan kecil.
2- Rancangkan aktiviti anda untuk mengurangkan sampah, jauhkan botol dari tin.
3- Bawa keluar apa yang anda bawa masuk.
4- Ikut trek yang sedia ada jangan merentas sesuka hati.
5- Kecilkan tapak perkhemahan, jangan musnahkan tumbuh-tumbuhan.
6- Jangan berkhemah berhampiran rumah, jalan, air terbuka, trek atau khemah orang lain.