Saturday, February 25, 2017

LELAKI INI MENYALAKAN API MENGUNAKAN AIR DAN BEG PLASTIK

Salam rekreasi semua 

Pernahkah anda terfikir air yang sejuk dan boleh memadamkan api tapi sebenarnya boleh memulakan nyalaan api

lelaki ini akan tunjukan kepada anda bagaimana caranya...

mulanya ia agak sukar tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dia berjaya membuat nyalaan api.. 

kami belum pernah cuba teknik ini dan mungkin akan mencubanya dalam masa terdekat.. 




SURVIVAL MASAKAN RIMBA

Salam rekreasi semua

SURVIVAL MASAKAN RIMBA 

Masakan rimba, sebut saja semua pun tahu. Setiap orang yang mendaki gunung mahupun berkhelah dalam hutau pasti mahir dalam masakan atau manu atau cara masakan dalam rimba

Dalam entri kali ini kita akan berkongsi sedikit sebanyak cara dan kaedah memasak dalam rimba dengan peralatan asas yang minima ( SURVIVAL )
Pelbagai cara boleh digunakan antaranya menggunakan buluh, buah-buahan tertentu,batu, aluminum foil, lumpur , tanah dan sebagainya.


MEMASAK DENGAN MENGGUNAKAN BULUH

Sebut saja buluh pastinya dalam dunia perkhemahan ia adalah antara bahan yang banyak digunakan dalam membuat gajet dan pancang khemah
Dalam teknik memasak dalam buluh ini ia sama dengan cara memasak lemang

klik link untuk pautan youtube : 


How To Boil Water And Cook Rice In Bamboo Jungle Survival
 



*pastikan buluh di cuci dengan bersih



MEMASAK DENGAN MENGGUNAKAN BUAH KELAPA

Nasi juga boleh di sediakan menggunakan buah kelapa
Potong bahagian atas buah kelapa dengan cermat kerana ia akan d gunakan sebagai penutup atau lubangkan seperti gambar di bawah dan air kelapa jangan di buang masukan beras yang sudah di cuci bersih dan sukatan air hendaklah sama tinggi dengan beras, tutup dengan rapi dan masak kelapa tersebut di atas api sehinnga nasi masak



Hasilnya, fuhhhh sangat enak dan lemak!!



MEMASAK MENGGUNAKAN ALUMINUM FOIL

Seperti semua sedia maklum aluminum foil banyak digunakan dalam penyedian makanan. Selalunya aluminum foil ini akan di bawa dari rumah ketika berkhemah mahupun mendaki gunung. Kalua nak cari dalam hutan memang tak adalah jawabnya!


Anda boleh masak ikan atau bahan-bahan lain seperti daging atau ayam yang di bersihkan dan di bungkus rapi kemudian di panggang cermat di atas api.



MEMASAK MENGGUNAKAN UBI KENTANG

Siapa sangka ubi kentang juga boleh di gunakan sebagai medium memasak jika tiada mestin atau bahan-bahan asas lain
Caranya potong ubi dengan cermat korek isinya sehingga muat untuk sebiji telur bahagian yang di potong tadi perlu di gunakan semula sebagai penutup dan di sematkan dengan lidi buluh agar tidak terbuka ketika di masak di atas api.



klik link ini untuk melihat bagaimana cara untuk memasak telur dalam kentang
MEMASAK MENGGUNAKAN PASIR, TANAH LIAT / TANAH

Ini adalah cara yang paling mudah untuk memasak
Caranya korek tanah dan tanam makanan yang telah di bungkus dengan elok . tanam makanan itu dan buat ugun api di atasnya.
*jangan tanam makanan anda terlalu dalam nanti tak masak pulak.




SEMOGA ENTRI INI SEDIKIT SEBANYAK MEMBERI MANFAAT PADA ANDA .
SEBENARNYA BANYAK LAGI CARA-CARA MEMASAK KAEDAH SURVIVAL DI HUTAN JIKA HENDAK DI CERITAKAN MARI  BERKHEMAH DAN SEMBANG BAWAH FLY 

 SEKIAN



P/S :semua gambar-gambar di atas adalah carian dari google 



Wednesday, February 22, 2017

10 Fakta Menarik Mengenai Jantung Manusia



salam rekreasi semua.



Jantung merupakan salah satu organ yang sangat unik dan kompleks dari tubuh manusia.

Bila jantung berhenti berdenyut, kita pun akan kehilangan kesempatan untuk hidup.

Jantung mula berdenyut sebelum kita dilahirkan dan akan terus berdenyut sampai kita mati.

Berikut adalah beberapa fakta & informasi menarik mengenai jantung:





1. Rata-rata jantung berdenyut sebanyak 72 kali per minit.

Ini bermakna jantung berdenyut hingga sekitar 100.000 kali dalam sehari dan 3.600.000 selama setahun.



2. Setiap hari jantung menghasilkan tenaga yang cukup untuk menjalankan truk sejauh 20 batu (lebih kurang 32km)



3. Jantung mulai berdenyut sekitar empat minggu setelah persenyawaan, dan terus berdenyut sehingga seseorang meninggal dunia.



4. Seseorang lebih besar kemungkinannya mengalami serangan jantung pada hari Isnin daripada hari lain dalam seminggu.(mengikut kajian)



5. Satu dari tiga kemungkinan serangan jantung pertama merupakan kesempatan terakhir bagi hidup seseorang.

Dalam kata lain, sepertiga serangan jantung pertama berakhir dengan kegagalan.



6. Jantung bayi memiliki jumlah sel yang sama seperti jantung orang dewasa, tapi ukurannya hanya satu per enambelas kali dari jantung orang dewasa.



7. Bayi baru lahir memiliki denyut jantung lebih cepat, yaitu sekitar 70-190 denyut per minit.



8. Jantung perempuan lebih kecil 25% daripada jantung lelaki.

Oleh itu, jantung perempuan  berdenyut enam kali lebih banyak daripada jantung lelaki untuk mengepam jumlah darah yang mencukupi ke seluruh tubuh.



9. Suara degupan jantung yang didengar adalah suara yang muncul karana pembukaan dan penutupan empat injap jantung.



10. Orang Mesir kuno percaya bahawa jantung bersama dengan organ utama lainnya memiliki kemahuan sendiri dan boleh bergerak di dalam tubuh.



oleh itu sayangilah jantung anda cegahlah dan hindarilah perkara dan aktiviti yang memudaratkan tubuh badan anda.