Sunday, April 25, 2010

Tali / Rope

Salam sejahtera...
salam rekriasi...

Tiada yang lain akan di ceritakan dalam ruangan blog ni...kecuali yang berkaitan dengan dunia outdoor....jadi untuk ruangan kali ini ialah berkaitan tali...penggunaan tali dalam dunia outdoor adalah penting...contoh aktiviti yang menggunakan tali ialah flying fox, abseiling, wall climbing dan lain-lain....selain itu..penggunaan tali dalam kehidupan harian amat lah penting...contoh operasi menyelamat, operasi pendakian...dan lain-lain.....di sini akan di ceritakan serta diterangkan tentang penggunaan tali, cara menjaga tali, serta beberapa ikatan yang selalu digunakan dalam aktiviti harian....

Tali
- Fibre asli
  • hemp (kuat,lembut, senang di bentuk)

  • sisal (kembang dan licin bila basah)

  • sabut (ringan dan kurang kukuh)
  • cotton (lembut dan mudah rosak

- Buatan manusia (2 kali ganda lebih kuat)

  • Nylon

  • Polyster

  • Dan lain-lain

- Wire rope (9 kali ganda lebih kuat)

Binaan tali

Yarns ---->Strands---->tali

Nylon

- Jenis nylon ialah ringan dan tidak mendap air..tetapi ianya tidak mempunyai keupayaan keanjalan dan tali jenis ini mempunyai ciri 'low mclting poin' iaitu mudah panas dan putus jika berlaku pergeseran...Ciri ini amat merbahaya untuk pengunaan curam-curam...tali jenis ini tidak sesuai untuk mendaki tetapi baik untuk menyeberangi sungai....

Hawser Laid

- Tali jenis ini juga dikenali sebagai tali belati...tali jenis ini terhad di malaysia...boleh didapati dengan diameter yang besar...sukar untuk dibawa apabila membuat aktiviti...tali jenis ini juga mendap air...apabila terkena air akan menjadi berat....selain itu tali jenis ini juga agak kasar...dan akan merosak kan divice yang digunakan...ini kerana geseran yang akan terhasil...

Kermantle

- Merupakan tali yang menjadi 'breakthro' kepada pendaki-pendaki...'ker' dalam bahasa jerman bermaksud luaran dan 'mantle' jalaran fiber...ciri penting yang ada pada tali jenis ini ialah 'energy absorption Capacity' iaitu keupayaan tali itu memberi keanjalan jika berlaku bebanan...tali jenis karmantle ini juga mempunyai ketahanan geseran, kalis air..dan ia mudah dibawa....

Penjagaan Tali/selenggara

Elak dari digunakan sebagai ampaian, minyak, asid, pasir, habuk dan dipijak...selalu periksa tali sebelum digunakan...

Cara menguji tali

- Cara praktikal
  • ikat punca tali

  • bergantung 4,5 org pada tali

  • tarik perlahan-lahan

  • tahan selama 10s

- Cara hidraulik

  • lilitan biasa 2/9 tan

  • lilitan penyelamat 2/18 tan

- Cara visual

  • Periksa setiap jalinan tali

  • lihat lengkungan tali

  • urut tali untuk memeriksa fizikal tali

Penyimpanan Tali

- Disimpan didalam bekas atau beg kanvas/plastik bagi mengelakkan kekotoran serta mudah dibawa..

- Di simpan ditempat yang kering dan berudara serta jauhkan daripada minyak atau bahan kimia..

- Jangan simpan di atas lantai, simen atau tempat yang berkarat

- Tali perlu diberikan nombor dan rekod penggunaannya..

Jenis ikatan dan simpulan




- Simpulan angka 8 / figure of 8

- Simpul mati / end knot

- Simpul pengail / fisherman knot

- Buku sila / reef knot

- Bunga geti / sheet band

- Tindih kasih / bow line

- Ikatan manuk / clove hitch

- simpul rama-rama / butterfly knot

- Simpul balak / timber hitch







Harap maklumat yang disampaikan dapat menambah pengetahuan kita semua walaupun x padat dari segi pengisian......

Wednesday, April 21, 2010

Wall Climbing / Abseiling / Repelling


Salam Rekriasi....

Berjumpa kembali kita dalam blog ini....untuk ruangan kali ini ialah berkenaan 'wall climbing' atau dialih bahasakan memanjat dinding...untuk aktiviti wall climbing ini....kita memerlukan banyak keperluan...contoh tali, divice(carabiners,figure of 8), helmet, harness dan lain-lain...
terlalu banyak peralatan dan jenama di pasaran...ikut kemampuan dan keperluan masing-masing...apa yang paling penting tahap keselamatan harus diutamakan....




Gambar diatas menunjukkan aktiviti repelling atau menurun tali dengan dinding...contoh-contoh repelling ialah menurun melalui dinding kayu atau dinding batu...peralatan yang digunakan ketika membuat aktiviti repelling ini adalah sama dengan peralatan yang digunakan ketika membuat aktiviti wall climbing...apa yang paling penting....pastikan perlatan berada dalam keadaan baik....





Ini pula adalah aktiviti abseiling bila diterjemahkan turun tanpa dinding....contoh-contoh bagi abseiling ialah turun dari helikopter, turun dari menara.....gambar diatas turun dari kren...
peralatan yang sering digunakan dalam aktiviti ini ialah helmet, tali, carabiners, figure of 8, harness dan sebagai nya.....kemampuan individu untuk membuat aktiviti ini ialah bergantung kepada tahap ketahanan mental dan fizikal nya...bagi individu yang fobia dengan ketinggian..lupakan la aktiviti ini....

Peralatan yang sering digunakan dalam aktiviti wall climbing, repelling dan abseiling...


Saturday, April 17, 2010

Kayak




Kayak...
Sejenis kenderaan air yang mempunyai geladak tertutup, menggunakan dua bilah mata dayung dan di dayung secara duduk berlunjur... Contoh kayak ialah kenderaan air yang digunakan oleh orang Eskimo untuk menangkap ikan atau dijadikan kendaraan... berbagai jenis kayak yang telah dihasilkan oleh manusia....terpulang pada anda untuk memilih dan sesuai dengan diri anda... berkayak di sungai tidak sama dengan berkayak di laut....gambar diatas adalah gambar berkayak di sungai...



Perkembangan kayak di negara ini
Di negara kita, kegiatan berkayak telah bermula seawal peradaban manusia.... Tujuan utamanya ialah sebagai medium pengangkutan dan pedagangan.... Antara kanu yang mula-mula digunakan ialah sampan kotak, perahu dan kolek.... Sejarah kayak moden pula bermula sekitar tahun 1960 an.... Ia diperkenalkan oleh pelaut British yang berpengkalan di Woodlands, Singapura....


Aktiviti berkayak juga aktif dijalankan di institusi pendidikan tinggi dan maktab perguruan... Kurikulum Pendidikan Luar telah menyenaraikan kegiatan berkayak sebagai salah satu aktiviti utamanya... Ia juga dijadikan salah satu aktiviti kokurikulum... Intitusi yang terlibat dalam sukan kayak ini antara nya ialah... Universiti-universiti di malaysia, Politeknik-politeknik, dan berbagai-bagai intitusi pendidikan....termasuk awam mahupun swasta...

Friday, April 16, 2010

Mendaki/hiking


Salam sumua...

Aktiviti mendaki di negara ini kian melonjak naik....sebab itu kami di floa tidak terlepas peluang untuk mendaki mana-mana gunung di negara ini...gambar di atas adalah salah satu puncak gunung di negara ini...Gunung Besar Hantu yang terletak di Jelebu Negeri Sembilan...ketinggian gunung ini ialah 4799 kaki dari aras laut...




Gambar ini pula diambil ketika berada di puncak Gunung Nuang..gunung ini terletak di hulu langat Selangor...ketinggian gunung ini ialah 4898 kaki dari aras laut...laluan nya agak mencabar...tetapi, kepada sesiapa yang tahap kecergasannya tinggi...Gunung Nuang ini boleh di tawan dalam sehari sahaja @ tidak sampi pun 24 jam....ikut kemampuan masing-masing..



Ini gambar pemandangan dari puncak Gunung Datok...gunung ini bertempat di daerah Rembau, Negeri Sembilan..ketinggian gunung ini ialah 2900 kaki dari aras laut...jika diamati pemandangan dari puncak gunung ini...pasti akan nampak pemandangan sekitar selat melaka dan rumah api Tanjung Tuan....laluan ke puncak agak mencabar mental...



Floa menawan puncak Gunung Ledang...gunung ini terletak di daerah Sagil, Johor....ketinggian gunung ini pula ialah 4187 kaki dari aras laut...ade 2 pintu masuk yang selalu di kunjungi oleh pengunjung...dari sagil dan dari asahan, melaka...pelbagai cerita mistik tentang gunung ini...jika nak tau tentang mistik nya...boleh la jejak kan kaki di gunung ini...

Wednesday, April 14, 2010

Salam kembara & salam rekreasi


Salam Rekreasi....

Industri Outdoor kian meningkat di seluruh Malaysia....

FreeLanceOutdoorAdventure(FLOA) juga tidak lari dari dunia Outdoor...

Outdoor...menunjukan aktiviti yang sangat luas...

ada yang bergerak sendiri..ada yang bergerak berkumpulan...

bagi kami di FLOA...kami bergerak berkumpulan....

jadi inilah kami dari warga FLOA.....

salam rekreasi..salam kembara.....


keep this earth peace......

keep this world natural...

peace no war....