Saturday, April 17, 2010

Kayak




Kayak...
Sejenis kenderaan air yang mempunyai geladak tertutup, menggunakan dua bilah mata dayung dan di dayung secara duduk berlunjur... Contoh kayak ialah kenderaan air yang digunakan oleh orang Eskimo untuk menangkap ikan atau dijadikan kendaraan... berbagai jenis kayak yang telah dihasilkan oleh manusia....terpulang pada anda untuk memilih dan sesuai dengan diri anda... berkayak di sungai tidak sama dengan berkayak di laut....gambar diatas adalah gambar berkayak di sungai...



Perkembangan kayak di negara ini
Di negara kita, kegiatan berkayak telah bermula seawal peradaban manusia.... Tujuan utamanya ialah sebagai medium pengangkutan dan pedagangan.... Antara kanu yang mula-mula digunakan ialah sampan kotak, perahu dan kolek.... Sejarah kayak moden pula bermula sekitar tahun 1960 an.... Ia diperkenalkan oleh pelaut British yang berpengkalan di Woodlands, Singapura....


Aktiviti berkayak juga aktif dijalankan di institusi pendidikan tinggi dan maktab perguruan... Kurikulum Pendidikan Luar telah menyenaraikan kegiatan berkayak sebagai salah satu aktiviti utamanya... Ia juga dijadikan salah satu aktiviti kokurikulum... Intitusi yang terlibat dalam sukan kayak ini antara nya ialah... Universiti-universiti di malaysia, Politeknik-politeknik, dan berbagai-bagai intitusi pendidikan....termasuk awam mahupun swasta...

No comments:

Post a Comment