Friday, April 16, 2010

Mendaki/hiking


Salam sumua...

Aktiviti mendaki di negara ini kian melonjak naik....sebab itu kami di floa tidak terlepas peluang untuk mendaki mana-mana gunung di negara ini...gambar di atas adalah salah satu puncak gunung di negara ini...Gunung Besar Hantu yang terletak di Jelebu Negeri Sembilan...ketinggian gunung ini ialah 4799 kaki dari aras laut...




Gambar ini pula diambil ketika berada di puncak Gunung Nuang..gunung ini terletak di hulu langat Selangor...ketinggian gunung ini ialah 4898 kaki dari aras laut...laluan nya agak mencabar...tetapi, kepada sesiapa yang tahap kecergasannya tinggi...Gunung Nuang ini boleh di tawan dalam sehari sahaja @ tidak sampi pun 24 jam....ikut kemampuan masing-masing..



Ini gambar pemandangan dari puncak Gunung Datok...gunung ini bertempat di daerah Rembau, Negeri Sembilan..ketinggian gunung ini ialah 2900 kaki dari aras laut...jika diamati pemandangan dari puncak gunung ini...pasti akan nampak pemandangan sekitar selat melaka dan rumah api Tanjung Tuan....laluan ke puncak agak mencabar mental...



Floa menawan puncak Gunung Ledang...gunung ini terletak di daerah Sagil, Johor....ketinggian gunung ini pula ialah 4187 kaki dari aras laut...ade 2 pintu masuk yang selalu di kunjungi oleh pengunjung...dari sagil dan dari asahan, melaka...pelbagai cerita mistik tentang gunung ini...jika nak tau tentang mistik nya...boleh la jejak kan kaki di gunung ini...

No comments:

Post a Comment